Thursday, 14 March 2013
PENGORBANAN KAUM HAWA
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.
Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
P/S : AL-FATIHAH untuk ibu kita, walau dimana ibu berada ♥
Monday, 4 March 2013
Dunia Tanpa Internet
Sekian lama menyepi dari blog, hari ini tergerak hati nak
menjenguk hidup lagi tak blog ni.
Bermula raya hari tu, internet aku dion semata-mata untuk
download movie sebagai bekalan prasyarat kemasukan ke universiti 2-3 hari
nanti. Waktu lain dihabiskan dengan menikmati saat-saat terakhir menghidu asap
dari pembangunan kilang getah kampung sebelah.
Sedang duduk menghadap laptop usang yang sudah lama tidak
dimandikan ni, aku terfikir, penting sangat ke internet ni untuk manusia?
Sedangkan zaman dahulu, manusia tetap hidup walau tanpa penggunaan internet.
Apa yang akan jadi jika tiba-tiba darurat internet
dilancarkan dimana tiada lagi penggunaan internet seluruh dunia?
1) Mak ZukonBog Gulung Tikar
- Istilah facebook
lenyap dalam hati manusia. Tak perlulah setiap hari on laptop semata-mata nak
tengok notification sehinggakan kerja rumah ditolak tepi.
2) Hackers Menangis
- Kehebatan hackers tidak lagi dipandang. Tiada lagi webpage
untuk dicanaikan. Phishing dah bertukar menjadi fishing.
3) Era Cd Cetak Rompak Bermula Kembali
- VCD cetak rompak yang semakin lenyap ditelan zaman akan
kembali popular kerana tiada lagi sumber untuk download movie.
4) Politik Suram
- Tiada lagi pergaduhan maya di kalangan ahli persatuan.
Hilangnya seri pergaduhan antara pejuang-pejuang parti palsu yang pengecut.
5) Gambit Saifullah Tidak Lagi Kontroversi
- Nama yang cukup popular di website gosip ini akan kurang
disebut.Video klip kontroversi hanya sekadar jadi pekasam.
6) SKMM Hilang Punca
- Tiada lagi kerja website untuk diblock. Apa lagi yang
hendak diblock selepas ini?
7) Maruah Lebih Terpelihara
- Selama ni, gambar-gambar tidak menutup aurat secara meluas
ditayangkan di mana-mana webpage. Internet dah takde, simpan untuk laki lah
plak.
8) Handset 3G Laris Di Pasaran
- webcam di Skype menjadi pilihan. Bila dah takde internet,
terkapai-kapai mencari 3g. Yela, nak tengok muka yang tersayang nun jauh di
perantauan.
9) Hilang Buffered Earning
- Internet dah takde, mana nak dapat buffered earning lagi.
Silap-silap, nuffnang pun dah tukar jadi kilang roti.
10) Gila
- kebanyakan orang akan menjadi gila kerana rindukan Encik
Ji. HAHA.
Sebaris Tajuk Membawa Seribu Pengertian
Bismillah. Saya nak kongsi satu cerita. Kisah benar .
Sahabat saya, namanya Ustaz Ridha , suka sangat mendengar lagu " Sejuta
Maaf " dendangan Arwah Achik Spin. Setiap hari sahabat saya ulang2 lagu
sama . Kadang2 lebih 20 kali sehari . Tak puas . Suatu malam sahabat saya ini
bermimpi Arwah Achik ini datang memohon agar mendoakan kesejahteraannya dalam
alam barzakh . Subhanallah . Esoknya sahabat saya ini menceritakan kepada saya
mimpi itu . Sungguh ketahuilah , bahawa alam barzakh itu benar , sambil2 kita
mendengar lagu arwah2 artis , sedekahkan al-fatihah . Moga Allah tempatkan
mereka dlm golongan beriman .
Al-fatihah untuk arwah Achik Spin .
cc Ustaz MustaQim
Subscribe to:
Comments (Atom)